Breaking News

Setelah dikritik hebat di GV8, ini komen padu Fazley Yaakob

SETELAH tervk dik.ritik di media sosial gara-gara memberikan persembahan yang tidak memuaskan hingga menerima markah terendah pada konsert pertama Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil memohon maaf kepada peminat.

Kata Fazley, 43, dia sedar tidak dapat memuaskan hati peminat walaupun sudah membuat persediaan untuk persembahan tersebut.

“Sebelum memulakan persembahan, saya menonton klip yang ditayangkan pihak produksi. Dalam VT tersebut, ada menunjukkan momen saya bersama anak saya Ellie yang membuatkan saya rasa sebak sehingga mengalirkan air mata.

“Jadi apabila saya nak jejakkan kaki untuk membuat persembahan, memang saya sangat gementar.

“Seribu satu perkara saya fikirkan, sudah 10 tahun tak buat persembahan secara live dan inikan pula menyanyikan lagu sendiri dengan arrangement daripada Datuk Ramli MS,” katanya kepada mStar.

Fazley gementar beraksi di pentas GV8.

Pada konsert pertama yang berlangsung pada Ahad dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Fazley menyanyikan lagu Asrama Ini yang pernah mengangkat namanya sebelum ini.

Namun persembahan itu dianggap bermasalah apabila ditegur juri tetap Datuk Syafinaz Selamat.

Di media sosial pula netizen menyifatkan vokal Fazley sebagai sumb4ng, bergetar selain menyifatkan ia berada pada tahap nyanyian di pusat karaoke.

Sebenarnya saya lebih selesa untuk menyanyikan lagu orang berbanding lagu sendiri.

FAZLEY YAAKOB

PENYANYI

Bagaimanapun Fazley tidak melatah namun menerima teguran berkenaan secara terbuka.

“Komen daripada juri sangat munasabah kerana Datuk Syafinaz tahu yang saya sangat nervous di atas pentas dan saya hanya mampu teruskan dan buat yang terbaik walaupun persembahan saya tidak sempurna.

“Sebenarnya saya lebih selesa untuk menyanyikan lagu orang berbanding lagu sendiri.

“Untuk bawa lagu sendiri seperti lagu Asmara Ini yang dah berusia 22 tahun, orang masih berharap saya perform seperti mana saya perform 22 tahun dahulu,” katanya.

Perkongsian Fazley Yaakob di Twitter menarik perhatian peminat.

Tambah Fazley untuk persembahan minggu kedua nanti, dia berjanji memberikan yang terbaik untuk para peminatnya.

“Selepas ini saya akan cuba untuk mengembalikan trademark Fazley Yaakob sebagai ‘Abang Asmara’ dan berusaha untuk memberi kelainan dalam setiap persembahan

“Mungkin dengan props, selitkan drama atau emosi dalam persembahan saya,” katanya.

Selain Fazley 12 bintang lagi berentap dalam edisi kali ini iaitu Aweera, Azan Scan, Shidee, Bandi Amuk dan Aliff Aziz yang mewakili Singapura.

Turut sama berentap ialah Adibah Noor, Ani Maiyuni, Suki, Nikki, dan Upiak Isil dari Indonesia.

Ia turut menampilkan peserta duo Saiful Apek dan Yassin, dan juga kumpulan Nico.

Konsert mingguan GV8 bersiaran secara langsung pada pukul 9 malam Ahad untuk selama 10 minggu.

Sumber : mStar

About admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.