Breaking News

‘Transporter’, tekong, Pati termasuk bayi ditahan

Iskandar Puteri: Bayi lelaki berusia tujuh bulan bersama pasangan suami isteri antara empat ditahan ketika cuba keluar dari negara ini di Tanjung Adang di sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata,

pihaknya mengesan sebuah kereta masuk ke kawasan kebun sawit pada 8.30 malam.Menurutnya, pemantauan pihaknya juga mendapati seorang lelaki yang disyaki tekong darat sedang menunggu kenderaan terbabit

“Berikutan itu, kami melakukan serbuan dan berjaya menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai ‘transporter’ (penghantar) dan seorang lelaki dipercayai tekong darat. “Selain itu,

empat pendatang asing tanpa izin (Pati) iaitu seorang lelaki, dua wanita serta seorang bayi ditahan. “Siasatan awal mendapati, transporter berkenaan membawa pati itu untuk keluar dari Malaysia melalui jalan tidak diwartakan dengan bayaran RM2,000 setiap seorang,” katanya dalam satu kenyataan

semalam. Menurutnya, semakan rekod lampau mendapati seorang daripada transporter berkenaan mempunyai rekod lampau. Beliau berkata, turut dirampas sebuah kereta, lima telefon bimbit pelbagai jenama dan wang tunai sebanyak RM5,000. Suspek iaitu transporter dan tekong

darat akan disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), manakala tiga Pati pula mengikut Akta Imigresen 1959/63. “Kes turut disiasat mengikut Seksyen 4.1 dan Seksyen 26A Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

About admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.